Skip to Main Content

Syarat Kemasukan

Semua pelawat mesti mempunyai pasport atau dokumen perjalanan yang sah untuk pergi ke Macao.

Semua pelawat mesti mempunyai visa kecuali rakyat negara-negara yang dikecualikan daripada visa atau permit kemasukan. Untuk maklumat lanjut mengenai pengecualian "Visa" dan "Entry Permit", sila layari halaman Perkhidmatan Imigresen Macao di laman web Pasukan Polis Keselamatan Awam.

Visa ke Macao boleh diperolehi melalui Kedutaan / Konsulat PRC dan mesti digunakan dalam tempoh sahlakunya. Pelawat juga boleh memohon permit masuk atau visa apabila tiba di pusat pemeriksaan imigresen. Walau bagaimanapun, ada juga pelawat-pelawat dari negara tertentu dikehendaki untuk mendapatkan visa terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan ke Macao. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web: www.fsm.gov.mo/psp/eng/AfMV.html

Terdapat tiga jenis permit masuk (i.e. Visa-apabila-tiba) :

Individu - MOP100 (MOP50 untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun)
Pasport Keluarga - MOP200
Berkumpulan - MOP50 setiap orang, sekurang-kurangnya mempunyai 10 orang dalam kumpulan yang dianjurkan oleh pengurus pelancongan tunggal dan mengemukakan dokumen perjalanan bersama

Maklumat di atas adalah untuk rujukan sahaja. Untuk maklumat lanjut rasmi kemasukan, sila hubungi Jabatan Kawalan Sempadan, Pasukan Polis Keselamatan Awam di Tel: (Kod kawasan Macao) +853 2872 5488 atau email: sminfo@fsm.gov.mo, atau layari laman web: www.fsm.gov.mo.

Semua pelawat yang memasuki Macao perlu melalui pemeriksaan Kastam dan mengisytiharkan mana-mana komoditi berduti yang melebihi kuota bebas cukai. Untuk maklumat lanjut mengenai komoditi dan konsesi bebas cukai, sila layari laman web Perkhidmatan Kastam Macao: www.customs.gov.mo.

Menurut peruntukan undang-undang, pelawat yang tiba di Macao dengan membawa mata wang dan instrument boleh niaga dalam bentuk pembawa (CBNI) seperti cek pengembara, cek, bil pertukaran, kiriman wang dan surat perjanjian hutang yang bernilai atau melebihi MOP 120,000.00 perlu menggunakan Saluran Merah beserta dengan borang perisytiharan lengkap dan membuat perisytiharan kepada pegawai Kastam. Pelawat yang keluar dari Macao perlu mendedahkan jumlah tunai atau CBNI dengan jujur apabila diminta oleh pegawai Kastam, atau mereka akan dikenakan denda dari MOP 1,000.00 hingga MOP 500,000.00. Pelawat yang membuat persinggahan di Pentadbiran Khas Wilayah Macao (Macao SAR) dan transit ke destinasi lain tidak diwajibkan untuk membuat perisytiharan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Perkhidmatan Kastam Macao: www.customs.gov.mo/cn/customs6.html

Melalui Udara

Bayaran Penumpang

Penumpang Biasa MOP110 (anggaran USD13.75)
Penumpang Transit Dikecualikan

 

Caj Lapangan Terbang

Penumpang Biasa MOP30 (anggaran USD3.75)
Penumpang Transit MOP30 (anggaran USD3.75)

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Lapangan Terbang Antarabangsa Macau.